Sunday, December 26, 2010

Tentang FHebex


FOOD, HEALTH AND BEAUTY EXHIBITION (FHeBEx 2011)

TARIKH:
9 HINGGA 11 FEBRUARI 2011

TEMPAT:
DEWAN SULTAN ISKANDAR (DSI), UTM

ANJURAN:
BIOPROCESS ENGINEERING STUDENT SOCIETY (BIOSS)
FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
&
SME corp


PENAJA BERSAMA:
CELCOM 

PENGENALAN PROGRAM
Food, Health and Beauty Exhibition (FHeBeX) merupakan program yang akan dianjurkan oleh Bioprocess Engineering Student Society (BIOSS), UTM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 9 Februari 2011 dan akan berakhir pada 11 Februari 2010 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.
Program yang bertemakan “Ke Arah Dunia Trasformasi Anda” ini diadakan bertujuan untuk memberi pendekatan kepada semua pelajar UTM dan para pengunjung ke program ini tentang kepentingan menjaga pemakanan disamping memelihara kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Aktiviti kemasyarakatan seperti kempen derma darah, pemerikasaan kesihatan percuma dan kecantikan turut disediakan untuk para pengunjung yang hadir. Turut diadakan sesi temu duga untuk pelajar yang ingin mendapatkan tempat semasa Program Latihan Industri nanti.
Tambahan pula, sasaran untuk wakil syarikat yang akan turut serta adalah sebanyak 2 buah hospital, 20 buah wakil syarikat makanan dan 13 buah syarikat kecantikan dan Kesihatan yang dijemput khas di sekitar negeri Johor. Malahan, jemputan untuk wakil-wakil ini diharapkan dapat membantu memeriahkan lagi program ini dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dua hala antara UTM dan wakil-wakil syarikat yang terlibat.
Disamping itu, program ini turut menyediakan pelbagai hadiah menarik yang akan diberikan kepada para pengunjung melalui aktiviti seperti cabutan bertuah, permainann yang telah disediakan oleh wakil-wakil syarikat yang terlibat dan diharapkan melalaui acara ini, program ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan kepada pihak penganjur.

MATLAMAT PROGRAM
  • Untuk mendedahkan kesedaran terhadap kesihatan dan kecantikan dikalangan pelajar UTM dan pengunjung sepanjang program berlangsung.
  • Untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat makanan, kesihatan dan kecantikan datang ke Universiti Teknologi Malaysia untuk mengadakan  roadshow dan sekaligus memperkenalkan produk mereka di kalangan pelajar dan pengunjung.
  • Untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapat penerangan tentang kecantikan dan pemeriksaan kesihatan daripada pakar-pakar.
TEMA
“Ke Arah Dunia Transformasi Anda”

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN
  • Penerangan tentang kecantikan kulit dan rambut oleh pakar kecantikan
  • Bengkel grooming dan solekan
  • Penjualan alat solek dan produk penjagaan kulit
  • Ceramah untuk memberi kesedaran dikalangan pelajar dan pengunjung  program tentang pemakanan sihat
  • Permainan interaktif dan pertandingan
Food tasting
  • Penjualan produk
  • Derma darah

  • Pemeriksaan kesihatan
  • Ceramah  kesihatan untuk memberi kesedaran dikalangan pelajar dan pengunjung  program
  • Permainan interaktif dan pertandingan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...